Lepas Follow Syasha,tinggalkan jejak kat shoutbox ea.Makesure korg pnye NickName kat follower and shoutbox same.. klu tak same,bgtau kat shoutbox..TQ

Friday, August 12, 2011

Dari HAWA untuk ADAM

Dicatat oleh Unknown di 10:47 AM


Adam ku,
Kau sebenarnya imam dan aku makmum mu kerana kau adalah ketua. Jika kau benar, maka benarlah aku. Jika kau lalai, maka lalailah aku. Wahai Adam, kau punyai kelebihan akal, manakala aku kelebihan nafsu. Akalmu 9, nafsumu 1. akalku 1, nafsuku beribu-ribu. Oleh itu Adam, pimpinlah tanganku kerana aku sering lalai dan lupa, sering tergelincir ditolak nafsu dan konco-konconya.
Adam ku,
Aku suka kalau kau mengimami solatku pada setiap waktu. Akanku aminkn doamu agar kelak luas syurgaku. Lebih aku suka kalau kau bangunkan aku bertahajjud bersamamu, agar nanti diberkati Ya Rabbi. Kenalkanlah aku pada majlis-majlis agama. Ajarilah aku Yaasin dan memahami al-Quran. Kau ajarlah aku mengalunkan jantung kitab Allah di malam Jumaat yang penuh barakah. Khabarkan padaku tentang fardu-fardu yang patut aku tahu. Bimbinglah aku dengan amar ma’ruf dan nahi mungkar.
Adam ku,
Ajari aku agar menjadi isterimu yang solehah. Didiklah aku supaya menjadi permata di kaca lembah. Selimutkan dengan iman dan taqwa bekal ke jalan Allah. Ingatkan aku supaya hormat, tunduk dan patuh padamu setiap waktu. Tolonglah aku Adam agar aku tidak beku. Bantulah aku agar otakku tidak buntu. Selmatkanlah aku daripada seksa api neraka yang tidak tegar aku tanggung. Pimpinlah aku menuju nur al-jannah. Tarbiahlah aku supaya kelak aku calon srikandi solehah. Bantulah aku dalam menyemai sifat mahmudah. Moga aku dapat menjadi secerdik Aisyah Humairah Rasulullah, setulus hati dan kasih laksana Siti Khadijah, sezuhud dan sepatuh Rabi’atul Adawiyah, sekuat iman umpama taatnya Sumayyah, seikhlas dan semurni hati Halimatul Sa’adiah dan segagah dan seteguh Nailah al-Farashiyah yang tegar meski tangan bermandi darah membela Khalifah Allah. Seindah hiasan adalah wanita solehah,moga aku hiasan terindah hidupmu Adamku .

0 ulasan:

Post a Comment

Blogger Tips and TricksLatest Tips And TricksBlogger Tricks