Lepas Follow Syasha,tinggalkan jejak kat shoutbox ea.Makesure korg pnye NickName kat follower and shoutbox same.. klu tak same,bgtau kat shoutbox..TQ

Friday, August 12, 2011

Dari ADAM untuk HAWA

Dicatat oleh Unknown di 10:29 AM
Hawa ku,
Meski aku Adam, gagah pada luaran, adakalanya aku juga tewas dalam godaan. Walau aku pemimpin Khalifah bagimu, aku juga selalu tersungkur kalah akibat nafsu.Nafsuku 1, akalku 9, namun yang 1 itu sering menjadikan aku di luaran kawalan. Kadangkala aku juga tewas dalam lautan duniawai, lemas dalam dunia sendiri. Andai aku leka dan alpa, ingatkan aku untuk kembali pada-Nya, kerana sesungguhnya disebalik seorang lelaki, berdiri seorang wanita.
Hawa ku,
Walaupun aku durjana duniawi, aku juga impikan wanita solehah sebagai suri. Justeru, ingatkan aku agar tingkatkan ibadah, kelak aku bisa menjadi suami soleh. Ingatkan aku supaya selalu mengalunkan kalamullah, agar dapat aku memandumu ke syurga al-Jannah. Sedarkan aku agar mengejar keredhaan ar-Rahman, agar hidup aku sentiasa aman. Bangunkan aku bertahajud bersamamu, agar kelak rahmat-Nya tiada tandingan untukku. Aminkan bacaan doaku, moga nanti luas syurgamu. Taat dan patuhilah aku, kelak solehah jadi milikmu.
Hawa ku,
Aku suka jika kau menutup aurat daripada pandangan buas durjana. Aku suka jika kau tidak sesuka ahti menabur cinta duniawi sebaliknya kau titipkan buat zaujmu kelak. Aku suka jika kau bidadari sentiasa mengejar kebahagiaan ukhrawi. Aku kalau kau bersifat keibuan supaya kelak zuriatku penuh dengan kesantunanmu. Aku lebih suka kata-kataku berhemah kerana itu menunjukkan kau wanita berhemah. Aku suka jika kau pandai berdikari, agar kelak kau mampu berdiri sendiri. Lagi indah kalau kau berperibadi mulia, kerana itu sebaik-baik hiasan dunia. Aku suka kalau kau pandai menjaga maruah, agar harga dirimu tidak terlalu murah. Lebih elok jika kau mampu berfalsafah, kerana itu simbol mar’a fatonah. Peliharalah agama seperti mana auratmu terjaga rapi, siramlah ahti dengan taqwa, sebagai bekalan menghadap Yang Kuasa. Hiasi peribadi dengan sifat mahmudah. Agar kelak tidak dipandang leamh. Meski kau dicipta daripda rusukku yang bengkok, namun ada ketika tangan yang disangka lembut mengayun buaian mampu menggoncang dunia mencipta sejarah. Oleh itu, ingatlah aku Adammu yang sering leka dan alpa. Kelak Hawa ku ini bakal menghuni al-Firdausi.
Moga impian kalian semua untuk mencari cinta yang diredhai kan termakbul. Mudah-mudahan coretan ini sedikit sebanyak mengajar kita bermuhasabah diri dalam merebut sekeping hati seorang insan yang kita cintai. Insya-Allah sinaran cinta Ilahi yang dicari akan ditemui. Sematkan pesanan ini dalam hati agar kita saling mengingati, kebahagian hakiki akan dapat diperolehi.

0 ulasan:

Post a Comment

Blogger Tips and TricksLatest Tips And TricksBlogger Tricks