Lepas Follow Syasha,tinggalkan jejak kat shoutbox ea.Makesure korg pnye NickName kat follower and shoutbox same.. klu tak same,bgtau kat shoutbox..TQ

Wednesday, June 2, 2010

DISEBALIK HIJB CINTAMU.

Dicatat oleh Unknown di 9:24 AM



DEMI Allah yang jiwa ragaku berada ditanganNya.di genggamaNya. Aku adalah gelap zulumat yang hina ,kotor bersalut debu dan lumpur. Berkarat dan bernanah disaluti angan-angan dunia dan isinya. Ya Allah,izinkan aku mengintai disebalik hijab cintamu. Kerana aku selayaknya hambamu yang hina pada segalanya.lantas hamba yang bagaimanakah aku ini ya Rabb?. Wahai matlamat segala cinta. Telah aku lalui segala jalan yang kau murkai. Hingga aku merasakan dimana lagi ruang untukku berpijak. Dimana lagi jalan yang harus ku jijak. Dimana lagi langkah yang harus ku anjak? Lantaran dikiriku, dikananku,diutara,mahupun diselatanku adalah bumimu yang maha luas.lantas nikmatmu yang mana lagi yang aku dustakan?. Bukankah mata yang sesekali melirik manja ini adalah kurniamu? Bukankah lisan yang betah merasa dan petah bermadah ini sebetulnya rahmat mu?. Bukankah telinga yang menangkap merdunya melodi tasbih ini sebenarnya kudratmu?.bukankah nafas yang aku rengguk semahu-mahuku ini adalah sayangmu?. Bukankah atma yang sering menyimpan rasa ini hakikatnya anugerahmu?.bukankah begitu Ya Rahman?. Lalu nikmatmu yang mana lagi aku dustakan?, justeru itu mana mungkin u’yun ini tega memandang larangmu, mana mungkin lisan ini lancang berbicara tanpa wahyumu,mana mungkin atma yang mengelegakkan sejuta rasa ini terpandu tanpa ilhammu. Teganya aku Ya Allah menggunakan pemberianmu serasaku.teganya kasih sayangmu aku peralatkan menjadi sebuah untaian dosa yang yang maha bangsat?. YA Rabb, telah engkau hamparkan seluruh rasa sayangmu, telah kau taburkan segenap cintamu untuk insan hina sepertiku. Betapa dosa-dosaku itu kurasakan meliputi segenap langit dan bumi. Namun aku yakin ya Rahman, makrifah mu juga bisa kau bentangkan seluas isi langit dan bumi. Izinkan aku menghamparkan seluruh itqan ,taat dan sabarku dalam aku meredah hilwah kasihmu dan janganlah ya Rabbi, kau hinakan diriku didunia dan diakhirat. Wahai tuhan yang sami’un basir, pandanglah wajah kehinaan ini Ya Allah,wajah insan fakir dan miskin ini. Sudilah kiranya kau mendengar walau sezahrah rintihanku dari sejuta rintihan-rintihan batinku. Sudilah kiranya kau mendengar walau sepincing Cuma bisikanku dari ribuan-ribuan bisikan yang ku kira pada awalnya namun akhirnya tiada. Ya Rabbul Izzah, aku pohon berlindung dengan mu dari hati yang lupa akan hakikat kejadianmu. Moga-moga aku juga bisa merengguk manisnya madu syurgawi,harumnya kasturi adinin dan indahnya raudahtul firdausi bersama wajah-wajah para solihin ,mujahidin,muttakin,mukhlisin dan tawwabin yang menjadi rindu-rinduan. Juga tidak terlupakan habibmu yang sentiasa memenuhi ruangan atma ini. Yang sering menjadi tasbih untuk dipuji-puji. Pejuang risalahmu yang mengeluarkan kami umatmu minazzulumat ila nur. Y Rahman Ar Rahim, janganlah doa dan zikir rindu ini pada pandanganmu tidak ubah hanyalah seperti seburuk-buruk suara yakni suara himar dan suara serak pada ahli neraka.. NauzuBillah..

0 ulasan:

Post a Comment

Blogger Tips and TricksLatest Tips And TricksBlogger Tricks